SEDANG KEUDARA : Loading...

28 March 2013

Cristiano Ronaldo Dikecam Israel


Cristiano Ronaldo Dikecam Israel 
Kerana Bantu Palestin

todos con palestine - semua dengan Palestin
Berbeza dengan Barcelona yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel, Real Madrid memilih untuk berkerjasama Palestin. Perkara ini bukan sahaja boleh dilihat melalui polisi kelab, malah oleh pemain-pemain kelab itu.

Tindakan yang paling ketara ialah dilakukan oleh pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo. Bintang Seleccao yang dilabelkan media barat sebagai memiliki sifat sombong ternyata mempunyai hati yang mulia.

Bekas penyerang Manchester United itu yang terkenal dengan jolokan CR7, dengan ikhlas hati memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada kepada lembaga amalnya dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak Palestin.

Laman Qodsna pada akhir tahun lalu memberitahu, lembaga amal Real Madrid berjaya melelong kasut emas milik Ronaldo pada harga 1,4 juta euro. Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di sepanjang di Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak berhenti sampai di situ sahaja.

Pernah dilaorkan sebelum ini, dalam satu acara, Ronaldo dengan berani mengenakan skaf Palestin. Tindakannya itu mendapat kecaman hebat dari lobi-lobi Zionis dan media barat. Beberapa media barat yang bersekutu dengan Yahudi seakan memusuhinya dan terus menggembar-gemburkan segala keburukannya.
Namun ada juga pihak media yang menyatakan tindakan Ronaldo itu sebagai satu bentuk tanggungjawab kemanusiaan. Ia menunjukkan keperihatinanan beliau terhadap krisis Palestin dan rakyat Jalur Gaza. Ronaldo juga pernah dilaporkan menngunjungi Palestin pada tahun 2007 dan 2005.

Di sana beliau disambut dengan hebat oleh rakyat Palestin. Walaubagaimanapun kecaman terhadap Ronaldo terus dilakukan media yang pemiliknya menyokong polisi kerajaan Zionis.


26 March 2013

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan


Mungkin kita semua pernah mengalami perasaan ganjil di mana kadang-kadang kita terlihat bayangan orang di tengah malam. Suara ganjil memanggil kita ketika berseorangan.

Jom test mengenai Ujian Mengesan Jin Dalam Badan Anda, jangan pandang remeh untuk artikel kali ini. Penulis harap anda berikan tumpuan semasa membaca artikel Ujian Mengesan Jin Dalam Badan.

Ujian Mengesan Jin Dalam Badan Anda Bunyi-bunyi pelik dan seumpamanya. Hal ini berkemungkinan berlaku kerana kita tinggal bersama makhluk Allah yang lain iaitu Jin. Tidak mengapa jika tinggal satu bumbung, tetapi bagaimana pula keadaannya jika mereka tinggal di dalam badan kita? Mungkin kita akan mengalami banyak masalah dan penyakit misteri. Oleh itu adalah penting untuk kita mengesan adakah badan kita ditumpang oleh makhluk ini? Mari sama-sama kita mencuba..


Langkah 1
Play RUQYAH SYARIAH di bawah ini dan dengar sehingga tamat (20min) menggunakan headphone dengan volume yang kuat.

Langkah 2
http://www.mediafire.com/?7k7ke40ceuq29g7
Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Langkah 3
Perhatikan setelah selesai Jika anda batuk, berpeluh-peluh, terasa mual, jantung berdegup kencang, terasa berdebar-debar, ada benda bergerak-gerak di bawah kulit, sendawa, mengantuk, pening dan menguap, maka sahlah badan anda dihuni JIN.



News Feed dari Suara FM

Berita Luar Negara | PALESTIN

Lembaga Zakat Selangor