SEDANG KEUDARA : Loading...

28 December 2012

Sejarah KASUT ALPIH


Mungkin ada Yang Tahu Ade yang tidak Tahu
TagLine : CERMELANG dengan ALIPH 


Lefthanded & ALIPH
ALIPH ialah suatu jenama kasut sukan dan kasual buatan Malaysia yang terkenal pada dekad 1980-an. Pengeluar jenama Aliph iaitu Sime Darby Footwear Sdn Bhd pernah menaja kasut Aliph untuk digunakan (sebagai product placement) dalam penggambaran beberapa buah filem tempatan seperti Rozana Cinta '87, Jejaka Perasan & Ragam Pemandu.


Kasut Aliph juga menjadi kegemaran ramai artis rock tempatan sehingga tercetusnya jenama Aliph Search pada sekitar 1987 yang dipercayai merupakan kasut pertama yang meletakkan nama artis tempatan (iaitu kumpulan Search) sebagai sebahagian daripada nama produk. Selepas itu, kumpulan Lefthanded juga pernah bekerjasama dalam memasarkan rekabentuk terbaru kasut Aliph. Gandingan jenama kasut dengan ikon muzik diketahui menjadi antara strategi pemasaran yang popular, contohnya kasut jenama antarabangsa LA Gear pernah bergandingan dengan Michael Jackson & Ella pada penghujung dekad 1980-an, malah di pasaran terkini juga terdapat pelbagai rekabentuk kasut jenama Converse - Metallica & Black Sabbath atau kasut jenama Vans - Iron Maiden & Slayer umpamanya.


Dalam tahun 2007, selepas menerbitkan beberapa keping gambar dan sedikit cerita mengenai kasut Aliph di dalam laman web MuzikRock.com, saya cuba menjejak semula saki baki peninggalan jenama Aliph ini yang sudah tidak lagi dikeluarkan sejak pertengahan dekad 1990-an. Dua pasang kasut Aliph baru (stok lama) akhirnya berjaya dibeli dengan harga di bawah RM100.


Gambar di atas menunjukkan sebahagian daripada barangan jualan di salah sebuah kedai barangan terpakai di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Dapat dilihat kasut Aliph berwarna hitam itu ditandakan dengan harga RM220 sepasang, manakala kasut Aliph berwarna putih/biru di sebelah kanan pula berharga RM300 sepasang! Sebagai perbandingan, harga asal sepasang kasut-kasut tersebut ketika dikeluarkan lebih 15 tahun dahulu cuma sekitar RM30 ke RM45 sahaja.


Contoh Kasut Aliph yang di pamerkan
Pada masa kini pula tidak mengejutkan lagi sekiranya terlihat kasut Aliph terpakai diniagakan misalnya dalam pasaran Mudah.my dengan harga sekitar RM500 - RM1000 sepasang. Melalui perkenalan dengan beberapa orang penggemar kasut Aliph, maklumat yang didapati bahawa ada di antara mereka yang membeli kasut Aliph stok lama yang belum digunakan dengan harga hampir RM700 sepasang!




Walaupun ia Buruk lusuh tapi masih berharga.
Satu2nya kasut MADE IN MALAYSIA yang menjadi Buruan.



5 December 2012

Majlis Sumbangan Untuk Anak OKU


BERSEDEKAH ADALAH KEBERKATAN YANG BERPANJANGAN

Pada : 8.Disember 2012 (Sabtu / 12.00 tghari)
Bertempat : Ayam Bakar Station, Kompleks C, P.J. 

Majlis Sumbangan kepada Anak-Anak OKU,. 
kepada sesiapa yg ingin turut serta digalakkan untuk membawa sekampit BERAS & GULA untuk disumbangkan kepada Anak-Anak OKU. Sumbangan Anda amat dihargai.Dijemput pada semua kawan kawan datangg bawa sumbangan. kalau tiada sumbangan cukup sekadar datang memberi sokongan. 
terima kasih by Ayam Bakar Station




Pengertian Bersedekah,

Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.



Fadilat Bersedekah :

1. Dengan bersedekah akan menghilangkan rasa kurang senang golongan yang miskin terhadap golongan yang berharta dan kaya.

2. Bersedekah akan menimbulkan rasa kasih sayang sesama masyarakat Islam baik yang kaya mahupun yang miskin. Sifat dengki akan hilang.

3. Bersedekah akan mendatangkan keberkatan. Apabila datang keberkatan dan hilanglah kecelakaan.

4. Bersedekah dapat menghilangkan kesusahan yang dialami oleh orang-orang yang kesempitan. Ini ,menggambarkan wujudnya sifat saling membantu antara satu sama lain dalam masyarakat.


Kelebihan Bersedekah Menurut Keterangan al-Qur'an:

Kelebihan bersedekah secara umum digambarkan dengan indahnya di dalam al-Qur'an. Banyak sekali ayat-ayat suci yang menerangkan. Di antaranya seperti berikut: Jelasnya, orang-orang yang bermurah hati membelanjakan hartanya pada jalan Allah - meliputi segala jenis kebajikan umum akan dibalas oleh Allah Taala dengan pahala tujuh ratus kali ganda, asalkan sedekah atau derma dan khairat itu diberikan dengan 
ikhlas kerana Allah semata-mata. Sedekah itu ada 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat .

Lima di dunia :

- Mencucikan hartanya
- Mencucikan badannya
- Menolak bala dan penyakit
- Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .
- Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .


Lima Di akhirat :

- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
- Ringan hisabnya
- Berat timbangannya (amalan) di akhirat
- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
- Bertambah darjatnya di dalam syurga

Keikhlasan bersedekah, Amalan bersedekah yang amat dianjurkan Islam dan akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan teladan kepada umatnya dalam perbuatan bersedekah. Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Jagalah kalian dari neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma.’ (Hadis Bukhari). Di sini jelas kepada kita bahawa Islam sangat menekankan kepada amalan bersedekah dan nilai sedekah itu tidaklah hanya tertakluk kepada banyaknya yang dihulurkan seseorang, akan tetapi terletak pada nilai keikhlasan niat di hati.





News Feed dari Suara FM

Berita Luar Negara | PALESTIN

Lembaga Zakat Selangor