SEDANG KEUDARA : Loading...

5 December 2012

Majlis Sumbangan Untuk Anak OKU


BERSEDEKAH ADALAH KEBERKATAN YANG BERPANJANGAN

Pada : 8.Disember 2012 (Sabtu / 12.00 tghari)
Bertempat : Ayam Bakar Station, Kompleks C, P.J. 

Majlis Sumbangan kepada Anak-Anak OKU,. 
kepada sesiapa yg ingin turut serta digalakkan untuk membawa sekampit BERAS & GULA untuk disumbangkan kepada Anak-Anak OKU. Sumbangan Anda amat dihargai.Dijemput pada semua kawan kawan datangg bawa sumbangan. kalau tiada sumbangan cukup sekadar datang memberi sokongan. 
terima kasih by Ayam Bakar Station




Pengertian Bersedekah,

Sedekah adalah satu pemberian ikhlas sama ada benda itu sesuatu yang kita sayang atau tidak. Asas penting yang perlu ada adalah keikhlasan. Maknanya kita tidak mengharapkan sebarang pembalasan apabila bersedekah. Sedekah lebih menjurus kepada barang seperti makanan dan pakaian yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain.



Fadilat Bersedekah :

1. Dengan bersedekah akan menghilangkan rasa kurang senang golongan yang miskin terhadap golongan yang berharta dan kaya.

2. Bersedekah akan menimbulkan rasa kasih sayang sesama masyarakat Islam baik yang kaya mahupun yang miskin. Sifat dengki akan hilang.

3. Bersedekah akan mendatangkan keberkatan. Apabila datang keberkatan dan hilanglah kecelakaan.

4. Bersedekah dapat menghilangkan kesusahan yang dialami oleh orang-orang yang kesempitan. Ini ,menggambarkan wujudnya sifat saling membantu antara satu sama lain dalam masyarakat.


Kelebihan Bersedekah Menurut Keterangan al-Qur'an:

Kelebihan bersedekah secara umum digambarkan dengan indahnya di dalam al-Qur'an. Banyak sekali ayat-ayat suci yang menerangkan. Di antaranya seperti berikut: Jelasnya, orang-orang yang bermurah hati membelanjakan hartanya pada jalan Allah - meliputi segala jenis kebajikan umum akan dibalas oleh Allah Taala dengan pahala tujuh ratus kali ganda, asalkan sedekah atau derma dan khairat itu diberikan dengan 
ikhlas kerana Allah semata-mata. Sedekah itu ada 10 kepujian, lima di dunia dan lima di akhirat .

Lima di dunia :

- Mencucikan hartanya
- Mencucikan badannya
- Menolak bala dan penyakit
- Menggembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin adalah semulia-mulia amal .
- Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekinya .


Lima Di akhirat :

- Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
- Ringan hisabnya
- Berat timbangannya (amalan) di akhirat
- Mudah melalui titian Siratal-Mustaqim
- Bertambah darjatnya di dalam syurga

Keikhlasan bersedekah, Amalan bersedekah yang amat dianjurkan Islam dan akan mendapat ganjaran pahala yang besar di sisi Allah SWT. Rasulullah SAW sentiasa menunjukkan teladan kepada umatnya dalam perbuatan bersedekah. Sabda Rasulullah yang bermaksud, “Jagalah kalian dari neraka, meskipun hanya dengan separuh kurma.’ (Hadis Bukhari). Di sini jelas kepada kita bahawa Islam sangat menekankan kepada amalan bersedekah dan nilai sedekah itu tidaklah hanya tertakluk kepada banyaknya yang dihulurkan seseorang, akan tetapi terletak pada nilai keikhlasan niat di hati.





News Feed dari Suara FM

Berita Luar Negara | PALESTIN

Lembaga Zakat Selangor