SEDANG KEUDARA : Loading...

8 August 2012

Leftwings : Pengarah & Penulis Skrip Faisal Chal Ahmad

  


Mengenai pengarah filem Leftwings, Faisal Bin Ahmad, ataupun lebih dikenali sebagai Faisal Chal Ahmad (FCA) merupakan seorang pengarah yang sudah berkecimpung selama dua puluh lima tahun (1985-2010) di dalam industri perfileman dan program TV Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya di dalam industri perfileman dengan membuat kemunculan sulung di dalam filem Gila-Gila Remaja dengan memegang watak Kuzi. Kemudian, beliau mula aktif di dalam program TV Malaysia dengan berlakon di dalam drama-drama swasta seperti Masih Ada Jalan Pulang, Ema & Elina, Pulau Misteri dan banyak lagi drama terbitan RTM dan TV3.

Beliau mula berjinak-jinak di dalam bidang pengarahan pada tahun 1991 dan drama arahan pertamanya adalah bertajuk Tabiat pada tahun 1991 dan seterusnya beliau mula mengarah, berlakon dan menulis skrip untuk pelbagai jenis produksi yang menerbitkan filem, telemovie, drama bersiri, program kanak-kanak, program majalah, dokumentari dan klip video untuk artis tanah air.

Antara drama arahan beliau yang popular dan pernah menjadi sebutan masyarakat adalah Madu 4, Kota TV, Penjara Kasih, Siti Wan Kembang, Andalusia, Orang Gaji 41, Tolong Orang Nak Tipu Orang, Nasrul Genius, Malang Hari Kerana Hati, Sinar Qayyum dan Cewek Dari Jakarta. Kebanyakan drama arahannya adalah  untuk tayangan stesen TV Malaysia. Drama arahannya, Madu 4 telah memenangi anugerah Penyunting Terbaik di dalam Anugerah Skrin TV3 1996.

News Feed dari Suara FM

Berita Luar Negara | PALESTIN

Lembaga Zakat Selangor