SEDANG KEUDARA : Loading...

30 November 2012

Hulurkan Bantuan Anda untuk GAZA


Salurkan Bantuan anda buat Saudara saudara kita GAZA
Walaupun sedikit tetapi ianya amat bermakna bagi merka di sana.
mereka di sana amatlah memerlukan bantuan kita di sini.


Salurakan Bantuan anda melalui no accunt Bank yang tertera :

MAYBANK : 5622-63010-787
BANK ISLAM : 1202-9010-0478-80
CIMB ISLAMIC : 1215-0001-2421-07
BANK MUAMALAT : 1207-0005-1337-17



28 November 2012

MALAYSIA VS LAOS



M A L A Y S I A  vs  L A O S 
28.November.2012 jam 8:45malam 


Pastikan kemenangan malam ini Milik MALAYSIA ( Harimau Malaya ) 
ayuhhh kita sama2 berikan Sokongan dan kata2 semangat
untuk pasukan MALAYSIA yang akan menentang LAOS malam ini di 
Stadium Nasional Bukit Jalil Jam 8.45Malam ini...
Go Go Go Malaysia . . .



Panji Hitam Ufuk Timur


Apakah Panji Hitam Ufuk Timur ? 



Mungkin ramai antara kita yang masih belum mengetahui apakah Panji Hitam Ufuk Timur.
Panji Hitam Dari Timur adalah tentera Imam Mahdi yang akan memperjuangkan Islam di akhir zaman. Tentera ini tidak akan kalah kerana mendapat perlindungan dari Allah. Tentera ini juga akan menghapuskan Yahudi laknatullah yang membunuh ramai umat Islam masa kini. Tentera ini akan dipimpin oleh Al-Mahdi. Sekiranya ianya datang pada masa kita sama-samalah kita berjuang di jalan Allah. Di sini saya postkan hadis-hadis Rasullulah tentang Panji-panji Hitam Dari Timur.

1. Sabda Nabi SAW :

Al-Mahdi akan datang setelah muncul Panji-panji Hitam dari sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun. (Ibnu Majah)

2. Sabda Nabi SAW :

Orang ramai daripada Timur akan muncul, kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.

3. Sabda Nabi SAW :

Panji-panji Hitam akan keluar dari Khurasan (Setelah Pemuda Bani Tamim bertemu al-Haris Harras dan pada masa itu juga kawan-kawan al-Mahdi (tentera-tenteranya) keluar menuju Baitulmaqdis.

4. Sabda Nabi SAW :

Al-Mahdi akan dibaiat di antara Hajar Aswad dan Makam Ibrahim oleh sejumlah orang yang mengikuti Perang Badar (iaitu Pemuda Bani Tamim dan pasukannya), kemudian datang kumpulan orang dari Iraq, dan para Wali Abdal dari penduduk Syam untuk berikrar kepadanya. Dan akan datang pula pasukan daripada Syam (sufyani) yang kemudiannya ditelan bumi di al-Baidak dekat Zul Hulaifah. Semuanya binasa melainkan si pembawa berita sahaja. (Abu Daud & Al-Hakim)

5. Sabda Nabi SAW :

Tiga ratus empat belas orang yang di antaranya adalah perempuan, bergabung dengan al-Mahdi yang akan bertindak ke atas setiap pemimpin yang berbuat zalim dan menegakkan keadilan seperti yang diharap-harapkan oleh semua orang. Setelah itu, tidak ada kebaikan lagi di muka bumi ini yang melebihi kebaikan pada masa al-Mahdi.

6. Sabda Nabi SAW :

Pembawa bendera al-Mahdi adalah seorang lelaki daripada suku Tamim yang datang dari Timur.

7. Sabda Nabi SAW :

Jika kamu semua melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk. Maksudnya ialah al-Mahdi.
(Ibnu Majah, Abu Nuaim & Al-Hakim)

8. Sabda Nabi SAW :

Sebelum al-Mahdi (muncul), As-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, wahai Rasullulah, bagaimana kami dapat mengenalinya? Nabi SAW menjawab, Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabat dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya.

9. Sabda Nabi SAW :

Sentiasa akan ada satu toifah dari kalangan umatku yang sanggup menzahirkan kebenaran. Mereka tidak dapat dirosakkan (dikalahkan) oleh orang-orang yang menentangnya, hinggalah datang perintah Allah (hari kiamat).

10. Sabda Nabi SAW :

Dari Ibnu Masud RA, katanya, ketika kami berada di sisi Rasullulah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim. Apabila terlihat mereka, maka kedua-dua mata banginda SAW dilinangi air mata dan wajah baginda berubah. Aku pun bertanya, Mengapakah kami melihat pada wajah Tuan sesuatu yang tidak kami sukai? Baginda menjawab, Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dari penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari Timur yang membawa bersama-sama mereka Panji-panji Hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalan mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan seperti halnya bumi ini dipenuhi dengan kedurjanaan sebelumnya. Sesiapa yang sempat menemuinya, maka datangilah mereka itu, walaupun terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah al-Mahdi. (Ibnu Majah)

11. Sabda Nabi SAW :

Daripada al-Hasan, bahawa Nabi SAW menyebut bala yang akan menimpa kaum keluarganya, hinggalah Allah mengutuskan Panji-panji Hitam dari Timur. Sesiapa yang menolongnya akan ditolong pula oleh Allah. Sesiapa yang menghinanya akan dihinakan pula oleh Allah, hinggalah mereka mendatangi seorang lelaki yang namanyna seperi nama aku. Mereka pun melantiknya memimpin mereka, maka Allah pun membantu dan menolongnya. (Nuaim bin Hammad)

12. Sabda Nabi SAW :

Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu Naim)

13. Sabda Nabi SAW :

Akan keluar seorang lelaki dari seberang sungai yang dikatakan Al-Haris bin Harras, yang di hadapannya ada seorang lelaki yang dikatakan al-Mansur, dialah yang akan memudahkan urusan atau membela keluarga Nabi SAW seperti pihak Quraisy yang membela Rasulullah SAW. Wajib setiap mukmin menolongnya atau baginda bersabda, Wajib setiap orang mukmin menerimanya. (Abu Daud, an-NasaĆ¢I, al-Baihaqi & al-Husin)

14. Sabda Nabi SAW :

Sesungguhnya ketika zahir al-Mahdi, menyerulah malaikat dari atas kepalanya, Ini al-Mahdi Khalifah Allah, maka kamu ikutilah dia. Seluruh manusia tunduk dan patuh kepadanya dan mengecapi kasih sayangnya. Sesungguhnya al-Mahdi itu menguasai Timur dan Barat. Dan adalah yang berbaiat kepadanya di antara Rukun dan Maqam, yang pertama adalah sejumlah pasukan Badar (314 orang). Kemudian Abdal dari Syam mendatanginya, dikuti oleh Nujabak dari Mesir dan Asoib dari Timur. Setelah itu Allah mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan Panji-panji Hitam dan mereka menuju ke Syam. Allah menutus kepadanya 3,000 malaikat dan ahli (Ashabul) Kahfi adalah antara pembantunya.

15. Sabda Nabi SAW :

Sesiapa yang berpegang (teguh) dengan sunnahku ketika umatku sedang rosak, baginya seratus pahala syahid. (Iman Muslim)

16. Sabda Nabi SAW :

Ada tiga orang adik-beradik yang saling berperang sesama sendiri berhampiran tempat simpanan Kaabah kamu. Ketiga-tiganya adalah anak seorang khalifah. Kemudian tidak seorang pun antara mereka yang menjadi khalifah. Kemudian muncullah Bendera Hitam dari arah Timur, lalu mereka membunuh kamu semua (yang sedang berperang saudara itu) dengan satu pembunuhan yang (sangat banyak) belum pernah berlaku sebelum ini oleh sesuatu kaum. Kemudia baginda menuturkan sesuatu yang tidak saya ingatinya. Kemudian baginda bersabda, apabila kamu semua melihatnya, hendaklah berbaiat kepadanya walaupun terpaksa merangkak di atas salji kerana dia adalah Khalifah Allah, iaitu al-Mahdi. (Ibnu Majah)

17. Sabda Nabi SAW :

Akan ada orang-orang yang keluar dari sebelah Timur, lalu mereka mempersiapkan segala urusan untuk al-Mahdi, yakin pemerintahnya. (Ibnu Majah)

18. Sabda Nabi SAW :

Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menolaknya hinggalah dipacakkan di Ilya. (At-Tarmizi)




23 November 2012

Dapatkan T-Shirt Suara FM


Contoh Design T-Shirt Suara FM


Tempahan di Buka bagi mereka yang berminat.
boleh berhubung dengan Yatie Mohamad ( 017 - 371 3451 )

RM30.00

Size : XS,S,M,L,XL,XXL




22 November 2012

Kemalangan Ngeri Lebuh Raya Utara Selatan


Mangsa kemalangan lihat rakan
terpelanting,terperosok bawah treler


GOPENG – Empat pekerja syarikat Projek Penyelenggaraan Lebuhraya Berhad (Propel) terbunuh manakala empat lagi cedera parah selepas digilis dan diseret sebuah treler dekat susur keluar ke bandar ini di kilometer 294.1, Lebuh Raya Utara Selatan, pagi tadi. Dalam kejadian mengerikan jam 4.30 pagi itu, treler tersebut hilang kawalan dan merempuh lapan pekerja yang sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kabel optik telefon kecemasan di lorong kecemasan lebuh raya itu.

Sebelum itu, treler berkenaan merempuh empat kenderaan milik Propel dan Time Dotcom, iaitu sebuah kereta Proton Iswara, pacuan empat roda, van dan lori satu tan yang diletakkan di lorong kecemasan.

Tiga pekerja, Mohd Shafie Ismail, 56, dari Taman Shatin, Ipoh, Shaharuddin Abd Aziz, 51, dari Kuala Kangsar dan Mohd Hafez Yunos, 39, dari Kuala Lumpur, maut di tempat kejadian, manakala Ismady Mohd Rodzi, 32, dari Kulim, Kedah, meninggal dalam perjalanan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Azhan Ismail, 44, Mahyuddin Idris, 48, Shafudin Abdul Jalil, 31, Dino Azmi, 36 dan kelindan, Mohd Rozi Mat Sharif, 44, tercampak dari treler itu dan cedera parah. Pemandu treler terbabit cedera ringan.

Ketiga-tiga yang terbunuh dihantar ke rumah mayat, Hospital Kampar untuk bedah siasat, manakala mereka yang cedera parah dirawat di HRPB.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, hasil siasatan mendapati treler berkenaan yang membawa makanan ringan dari Johor Bharu, Johor, menuju ke Ipoh didapati hilang kawalan sebelum merempuh empat kenderaan dan lapan orang.

“Kemalangan itu berlaku di jalan lurus mendaki bukit, dalam keadaan hujan renyai

Polis masih mengambil keterangan mangsa dan pemandu lori berkenaan.

“Seramai 13 anggota yang tiba dengan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng dan Simpang Pulai membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah treler, sementara anggota polis membantu mengawal lalu lintas,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri di sini.

Katanya, pemandu lori berkenaan direman tiga hari untuk membantu siasatan.

Sumber Berita dari :  Sinar Harian 





19 November 2012

YA ALLAH SELAMATKAN PALESTIN



DOA UNTUK PALESTIN




YA ALLAH YA TUHANKU KAU BERIKAN PERTOLONGNGAN KEPADA UMAT ISLAM DI PALESTIN SESUNGGUNYA MEREKA DIANIAYAI OLEH YAHUDI LAKNATULLAH. YALLAH ENGKAU MUSNAHKAN YAHUDI DENGAN SEDASYAT-DASYATNYA SEPERTI MANA ENGKAU PERNAH MENGHANTAR BURUNG-BURUNG ABABIL UNTUK MENGHANCURKAN TENTERA BERGAJAH MUSYRIKIN. AMIN...

18 November 2012

Cawangan Baru AYAM BAKAR STATION ( UPTOWN KOTA D' KOTA )
















AYAM BAKAR STATION 

kini di KAWASAN UPTOWN KOTA DAMANSARA.
Anda semua di jemput hadir pada 
21.NOVEMBER.2012 Bersamaan 7 Muharram 1434 H 
hari RABU Jam 9.00 Malam 
di UPTOWN KOTA DAMANSARA
bagi Pembukaan rasmi Cawangan kedua 
AYAM BAKAR STATION.
Anda semua di jemput hadir. Datang Beramai ramai.

Menu SPECIAL yang harus anda cuba.
AYAM BAKAR & LAKSA UTARA STATION.

" Singgah Makan Jadi KAWAN, Jangan makan KAWAN"

Untuk Sebarang Pertanyaan Hubungi :
Ady G ( Muhayadi ) 012 - 228 8873


Cubaan Isreal membunuh Perdana Menteri Palestin


Israel cuba bunuh PM Palestin ISRAEL 

Seorang pegawai hamas memeriksa satu bom yang
tidak meletup selepas di lancarkan  jet israel
Gaza : Israel cuba membunuh Perdana Menteri Palestin daripada pergerakan Hamas, Ismail Haniyeh semalam pada hari ke-4 serangan udara di Gaza dengan membedil pejabatnya dan Kementerian Dalam Negeri.


Haniyeh tidak berada di pejabatnya ketika serangan menyasarkan pegawai kanan Hamas, Abu Hassan Salah menyebabkan rumah tiga tingkat miliknya musnah sama sekali.


Seramai 30 orang ditarik keluar daripada runtuhan kediaman berkenaan ketika laporan menyatakan Israel mengerah 75,000 askar simpanan untuk mengambil bahagian dalam kemungkinan menawan Gaza.


Petanda semakin kukuh bahawa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mahu melancarkan serangan di Gaza selepas tenteranya mengumumkan semua orang awam dilarang menggunakan lebuh raya menuju wilayah Palestin itu dan dua jalan raya di sempadannya

Seramai 1.7 juta penduduk Palestin tinggal di Gaza yang dilaporkan sebagai penjara terbesar dunia.

Kereta kebal dan senjata lain sudah dilihat di zon sempadan dengan 16,000 askar simpanan sudah bersiap sedia bertugas.

Tentera Israel memberitahu, 367 roket dilancarkan dari Gaza sejak Rabu lalu dan 222 lagi dipintas sistem anti peluru berpandunya yang digelar Iron Dome.
Pegawai di Gaza berkata, 41 warga Palestin terbunuh, 20 adalah orang awam termasuk lapan kanak-kanak dan seorang wanita hamil sejak Israel melancarkan serangan empat hari lalu.

Khamis lalu, tiga orang awam Israel maut disebabkan serangan roket Palestin.

Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menghubungi Netanyahu bagi membincangkan langkah memberhentikan keganasan, kata Rumah Putih.

Obama menekankan sekali lagi sokongan Amerika kepada Israel untuk mempertahankan diri selain menyuarakan rasa kesal atas kematian orang awam Yahudi dan Palestin.

Wartawan tentera radio Israel berkata, ibu pejabat tentera mengarahkan pihak berkuasa perbandaran melakukan persiapan kerana pertempuran boleh mengambil masa tujuh minggu.

Perang terakhir di Gaza membabitkan serangan udara Israel selama tiga minggu pada 2008-2009.

Kempen itu menyebabkan lebih 1,400 penduduk Palestin terbunuh, kebanyakannya orang awam.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dijangka mengunjungi Mesir dan Israel minggu depan bagi menggesa pertempuran dihentikan.

Laporan Berita dari GAZA ( Palestin )


Hamas Tembak Jatuh F-16 Israel Buatan Amerika


Hingga hari ini, saling balas serangan antara pejuang Palestina dengan tentara Zionis-Israel dengan menggunakan roket. Hari Jumat, (16/11/2012), pejuang Hamas di Palestina telah telah menmbak jatuhkan sebuah pesawat tempur Israel buatan AS yang terbang di atas Jalur Gaza sebagai balasan serangan roket dari Tel Aviv. Jatuhnya pesawat canggih andalan Israel ini ikut menewaskan beberapa awaknya.

Sementara itu, warga Israel terus mengalami kepanikan setelah beberapa roket ditembakkan dari Jalur Gaza yang menghantam pemukiman Zionis Gush Etzion di Yerusalem. Rudal-rudal Palestina juga telah menghantam kota-kota Israel lainnya seperti Tel Aviv, Eshkol, Asdod, Askelon, dan Be'er Sheva.

Sebelumnya, sayap pejuang Hamas, Izzuddin al Qasam juga berhasil menembak jatuh pesawat drone atau pesawat tanpa awak milik Israel dan 1 unit tank. hari ini kembali pejuang palestina berhasil.

Hingga Jumat, (16/11/2012) tadi malam, waktu Jalur Gaza, tercatat sudah 29 warga Palestina gugur serta lebih dari 290 mengalami luka-luka. 140 orang di antaranya adalah anak-anak. Puluhan gedung dan rumah warga Gaza ikut hancur.

Sedangkan dari pihak Israel tercatat lebih dari 100 orang warga Yahudi luka-luka mayoritasnya adalah tentara Israel. Tercatat 5 orang tentara Zionis-Israel tewas.

Kepanikan nampak di Ibu Kota Israel, Tel Aviv. Suara sirine yang terus meraung-raung sebagai tanda bahayapun sudah dibunyikan. Warga Yahudi yang tinggal di perbatasan sudah mengungsi dan sebagianya bersembunyi di terowongan dalam tanah.

Hingga detik ini situasi di Gaza semakin mencekam dan sebaliknya situasi di Israel kian mencekam karena saling bertempur secara jarak jauh.


16 November 2012

Serangan Bom Isreal di GAZA ( Palestin )



15 WARGA PALESTINE & 115 LAIN TERLUKA

Asap membumbung dari sebuah titik yang ditarget dalam serangan udara Israel di Jalur Gaza kemarin. Dewan Keamanan Perserikatan Bangsa-Bangsa menggelar pertemuan darurat untuk membahas meningkatnya ketegangan antara Israel dan Gaza setelah Israel melakukan lebih dari 20 serangan udara dan laut terhadap kawasan Palestina tersebut.

GAZA - Lebih dari 120 serangan udara Israel di Jalur Gaza menewaskan 15 warga Palestina dan melukai 115 orang lainnya. Pejuang Palestina membalas dengan menembakkan 130 roket ke Israel. Serangan roket dari Jalur Gaza menewaskan tiga warga Israel kemarin siang, beberapa saat setelah tiga pejuang Palestina tewas akibat serangan udara rezim Zionis. Israel mengancam melancarkan serangan lebih luas setelah membunuh komandan Hamas di Gaza Ahmed Jaabari.

Pesawat-pesawat Israel terus membombardir Gaza saat rezim Zionis itu hendak menggelar pemilihan umum (pemilu) Januari mendatang. Di Gaza petugas medis Palestina menyatakan, tiga pejuang Hamas tewas dalam serangan Israel kemarin pagi di dekat Kota Khan Yunis.Jumlah warga Palestina yang tewas sejak Jaabari tewas sebanyak 15 orang. “Lima belas orang meninggal dan 115 orang terluka,” katanya,dikutip AFP.

Korban tewas termasuk lima pejuang Hamas, dua anakanak, satu perempuan, dan seorang pria lanjut usia.Identitas dua orang korban tewas lainnya belum diketahui. Kematian Jaabari menyulut kemarahan pejuang Gaza. Sayap militer Hamas memperingatkan bahwa dengan pembunuhan itu pemimpin Israel telah membuka gerbang neraka mereka sendiri.“Serangan itu merupakan deklarasi perang,” tegas juru bicara Hamas.

Serangan roket kemarin di Kiryat Malachi diklaim oleh kelompok Jaabari,Brigade Izzudin al-Qassam.Mereka juga mengklaim menembakkan rudal Fajr 5 buatan Iran di Tel Aviv.Namun, tidak ada konfirmasi dari Israel mengenai klaim tersebut. “Setelah tewasnya Ahmed Jaabari,Israel melancarkan lebih dari 100 serangan udara di Gaza.Pejuang Gaza membalas dengan meluncurkan lebih dari 130 roket ke Israel hingga menewaskan tiga warga Israel,” kata juru bicara polisi Israel Luba Samri dikutip AFP.

Menurut Samri, empat warga Israel terluka akibat serangan roket yang menghantam sebuah rumah di kota Kiryat Malachi yang terletak 30 kilometer utara Jalur Gaza. Sedikitnya 130 roket ditembakkan pejuang Gaza sejak Israel membunuh Jaabari dalam sebuah serangan ke sebuah mobil di Kota Gaza pada Rabu (14/11) siang. Akibat agresi rezim Zionis, Mesir langsung menarik duta besarnya di Israel pada Rabu (14/11).

Mesir merupakan negara Arab pertama yang menandatangani traktat perdamaian dengan Israel pada 1979. Sekretaris Jenderal (sekjen) Organisasi Konferensi Islam (OKI) Profesor Ekmeleddin Ihsanoglu mengecam keras agresi brutal yang dilakukan Israel di Jalur Gaza. Dia menganggap, kekejaman Israel itu melanggar norma internasional, konvensi,dan hukum internasional, serta mengancam stabilitas dan keamanan regional.

Di New York, Dewan Keamanan PBB segera menggelar rapat darurat 90 menit untuk membahas eskalasi kekerasan di Gaza. Negara-negara Arab mendorong PBB mengeluarkan kecaman keras, namun Amerika Serikat (AS) mendukung hak Israel membela diri dalam menghadapi serangan roket Palestina.


3 Pasangan PENGANTIN BARU



SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT 
3 PASANGAN PENGANTIN YANG TELAH SELAMAT 
DI IJAB KABULKAN


Raja Ayie & Farah Roslan

Pjue Cromez & Fify Comel
Gua EL & Norliza Salleh

Semoga Ketiga Tiga PASANGAN PENGANTIN BARU ini 
Bahagia berkekalan sepanjang hayat sehingga ke anak cucu hendaknya.
dan semoga ALLAH memberkhati dan melipahkah 
berkhat buat mereka amin..

Anda yang lain bila lagi ?
Insyallah sekiranya ada jodoh anda dengan seseorang
satu hari nanti akan tiba juga hari anda.

15 November 2012

Berita dari GAZA ( Palestin )

SERANGAN TERBARU ISRAEL 
DI GAZA MENYEBABKAN 
RAMAI YANG TERKORBAN
Gaza Palestin 15.November2012
Jumlah korban yang gugur dalam serangan Israel ke Gaza sejak Rabu sore kemarin bertambah menjadi 8 orang, termasuk wakil komandan Brigade Al-Qassam, Ahmad Al-Ja’bari, dan lebih dari 90 korban luka, dalam serangan Israel ke segenap pelosok Gaza.
Sumber medis di Gaza mengungkapkan kepada koresponden Pusat Informasi Palestina, 8 orang yang gugur adalah komandan Al-Qassam, Ahmad Said Khalil Al-Ja’bari (52) dan ajudannya Muhammad Hamid Shubhi (28), pejuang Muhammad Hani Ibrahim (18) pejuang Isham Mahmud Ahmad (19), seorang warga Hibah Adil Musharawi (19) seorang bocah perempuan, Ranan Yusuf Arafat (3), seorang bocah laki-laki, Umar Jihad Musharawi (11 bulan) dan Mahmud Abu Shawawin (65).
Menkes di Gaza, Mufid Mukhallati menyebutkan, serangan Israel saat ini merupakan kejahatan perang dari semua sisinya, ancaman Israel menggelar agresi luas ke Gaza adalah untuk mengingatkan perang Furqon, saat Israel membunuh dengan bengis lebih dari 1520 warga Gaza, dan melukai lebih dari 5000 orang.
Pesawat-pesawat tempur Israel melancarkan serangan ke sejumlah sasaran, antara lain rumah dekat hotel Amal di Gaza Barat, arena latihan Al-Qadisiyah milik Al-Qassa, di Khanyunis Barat, rumah di komplek Shabrah pusat kota Gaza, di samping sejumlah sasaran di Beit Lahiya, Gaza Utara.
Pesawat tempur Israel juga menyerang komplek Zaitun di Gaza Tenggara, dan kawasan kosong di dekat sekolah Sawariha di Gaza, dan juga samping pusat kepolisian Qarara di Khanyunis Timur.
Koran Maarev Israel menyatakan, militer Israel menamai operasi kali ini ke Gaza dengan “Amud Sahab”. Jubir militer Israel menyebutkan bahwa Panglima militer Israel, Beny Gantz langsung memimpin operasi dari kantornya.
Pesawat tempur Israel masih terus melakukan serangan dari waktu ke waktu di kawasan dan sasaran berbeda di Gaza sampai saat berita ini diturunkan.
Operasi Israel ke Gaza dengan nama Amud Sahab ini memiliki latar belakang agama menurut yahudi Israel, yaitu bersumber dari bepergian keluar dalam Taurat. Mereka mengklaim bahwa Amud Sahab adalah symbol pertolongan Allah kepada Bani Israel dan petunjuk bagi mereka menuju jalan keselamatan dari Firaun. Mereka mengklaim bahwa Amud sebagai cahaya bagi mereka dan bagi musuh-musuh mereka sebagai kegelapan.
Semoga ALLAH Melaknati ISRAEL dan Sekutunya.. 
15.November.2012 bersamaan 2.muharram.1433 H


14 November 2012

Salam Ma'al Hijarah 1434 H



Salam Ma'al Hijrah untuk Tahun Islam yang ke 1434 H



Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah

Buat semua umat ISLAM di seluruh Dunia & Rakan Pendengar Suara FM
Semoga ALLAH sentiasa melindungi & kita semua di Rahmati.

ikhlas dari :

Suara FM - Muzik Satu Suara


13 November 2012

Jom Ke Pantai Merdeka



CUTI CUTI MALAYSIA 
Anjuran Geng's Retro & Suara FM (Zon Utara)






















Selama 2 hari 1 malam.
Setipa Individu akan di kenakan Bayaran sebanyak RM60.00 
untuk Penginapan,Makan dan berbagai lagi. Bagi yang berusia 10tahun ke bawah PERCUMA.
Semua di jemput untuk bersama- sama dalam menjayakan ‘Cuti Cuti MALAYSIA'
Anjuran Geng's Retro & Suara FM (Zon Utara)


Pada Tarikh : 21 - 22.Disember.2012 ( Jumaat & Sabtu )
Lokasi Percutian : Pantai Merdeka, Kedah.

Pengangkutan Secara PERCUMA juga turut di sediakan bagi mereka yang
Menaiki BAS Express.Turun di Hentian Bas Sungai Petani.

Yang nak Sertai sila Maklumkan di Link di bawah untuk mengesahkan anda
Pergi,Mungkin Atau Tidak : https://www.facebook.com/events/135979193216093/







Seberang pertanyaan Terus Hubungi:
- Zul Rocku : 012 - 414 7232.
- Ayie Suarafm : 013 - 595 7982.
- Shahrul Rockers : 017 - 477 3247.
- Sis Maya Brutallica : 013 - 977 6872





Borang BR1M 2.0 (Secara Online)




Sudahkan anda Mengantar Borang BR1M 2.0 (Bantuan Rakyat MALAYSIA 2.0)
Kni anda Boleh menghantarnya melalui system ONLINE.

•   Isi rumah yang layak (RM500):
      - Warganegara Malaysia
      - Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada ahliyang tinggal serumah 
        dengan jumlah pendapatan kasar bulana isi rumah RM3,000 dan ke bawah.
        * Berkahwin;
        * Ibu atau bapa tunggal yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah;
        * Bujang yang mempunyai tanggungan berumur 20 tahun ke bawah (dalam rumah yang sama).
      - Warga emas sebatang kara 
        (berumur 60 tahun dan ke atas, lahir pada tahun 1953 dan ke bawah)
        dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM3,000 dan ke bawah.
                 
•   Individu yang layak (RM250):
      - Warganegara Malaysia
      - Bujang (termasuk Balu / Janda / Duda) yang tiada tanggungan, 
         berumur 21 tahun dan ke atas (lahir pada tahun 1992 dan ke bawah) dengan jumlah pendapatan 
         kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah.
                 
•   Tidak termasuk pelajar yang menerima Baucar Buku 1Malaysia.
•   Hanya pemohon yang berjaya sahaja layak menuntut bayaran.


Untuk mendapatkan BORANG BR1M 2.0
sila Clik di sini ----> https://ebr1m.hasil.gov.my/





12 November 2012

Pertandingan : Video Dakwah



Pertandingan : Video Dakwah Zakat
Tarikh Tutup : 12.Disember.2012





Sila Download Borang Penyertaan di Link Bawah ini : 




News Feed dari Suara FM

Berita Luar Negara | PALESTIN

Lembaga Zakat Selangor